Kelas Suntingan Video Individu

4 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Mei 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas suntingan video individu di mana peserta telah didedahkan dengan aplikasi Wondershare Filmora. Dalam modul ini, peserta telah diberi tunjuk ajar dengan beberapa fungsi butang yang terdapat pada aplikasi filmora. Peserta juga telah diberi tugasan untuk menyiapkan satu video berdurasi 3 minit di mana perlu menggabungkan pelbagai jenis genre lagu yang bertemakan Hari Raya di dalam satu video mengikut kreativiti tersendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali